Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Semoga Allah swt ampunkan dosa² ibu dan ayah, datuk nenek moyang kami, keturunan kami asbab infaq ini dan jauhkan kami dari azab siksa api neraka, serta dikurniakan pengakhiran kehidupan yang baik, khusnul khatimah dapat mengucap syahadah. Dan semoga Allah swt berikan usia yang berkat, kesihatan yang baik, diangkat segala penyakit kami, anak² menjadi anak yang soleh solehah, selamat dunia akhirat.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Saya sedekah atas nama arwah Mak - Mariah binti Osman.Doa saya utk mak saya - Ya Allah ampunilah mak saya,jauhilah dia dari azab kubur,luaskan lah tempat persinggahan dia,permudahkan lah urusan dia di sana,jauh kan lah dia dari azab api neraka, tempat kan dia antara org2 beriman dan solihin dan masuk kan lah dia ke dalam syurga dan terima lah segala amal ibadat dia semasa dia masih hidup.
0 orang mengaminkan doa ini