PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah..., moga usaha yg dilakukan mendapat rahmat dan redha dari MU jua... Aamiin2 YRA...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga sihat tubuh balance, pendengaran dan penglihatan untuk terus berbakti

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZNAH SAMAT

3 minggu yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah sihatkan diriku dan keluargaku dan sahabat2 yg dikasihi Allah semua Aaminn Ya Allah permudah segala urusan rumah warga emas ini.. Aaminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doaka agar kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, kaya dgn adab dan harta supaya dapat membantu kepada yg memerlukan dengan lebih kerap dan banyak. Semoga kita juga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi. Aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Muga asbab derma ikhlas sy allah berikan kesihatan dn syifa pd penyakit gout athritis urid asid pd lutut sy muga dpt sy beribadah spt biasa dn allah berikan kebahgaiaan keluarga sakinah mawwadah pada ank menantu sy dn cucu² keturunan soleh solehah lgi beriman aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doakan supaya derma ikhlas sy ini allah sembuhkan penyakit athritis gout lutut sy muga dpt beribadah spt biasa juga anak² menantu sy di beri kebahgiaan keluarga sakinah mawwadah wal rahmah aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: