Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Ya Allah jadikan aku orang yang kaya dan berjaya didunia dan diakhirat yang bermanafaat untuk manusia lain dan dengan rahmat mu ya Allah masukkan aku dan ahli keluarga kedalam Shurga Firdaus A'ala mu bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W...Aamiin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah jadikan aku orang yang kaya dan berjaya didunia dan diakhirat yang bermanafaat untuk manusia lain dan dengan rahmat mu ya Allah masukkan aku dan ahli keluarga kedalam Shurga Firdaus A'ala mu bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W...Aamiin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Saya dh takda ibu dan ayah. Klau sy tua nnti sy pun tk thu di mana kedudukan sy. Semoga pengakhiran yg baik untk sy suatu hari nnti. Semoga ibu2 dan ayah2 di sana juga dilindungi Allah dan sihat2 selalu. Doakan sy kaya raya dpt share rezeki lebih bnyk pd yg memerlukan. Amiiin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
ya allah..kau sampaikanlah pahala ini kepada arwah bapaku iaitu Daud Bin Senin. dan aku memohon agar diriku sekeluarga diberikan kesihatan yg baik.diberkati usianya,di pnjgkn usianya dgn kesihatan diri serta akal fikiran yg waras.diberikan rezeki hrta yg mewah lagi halal,anak-anak yg berjaya dan berguna serta di senangi oleh semua masyarakat.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini