PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

JASMI BIN HAMZAH

1 bulan yang lepas

1. Permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. 2. Murah rezeki dan sihat tubuh badan. 3. Moga dikurniakan jodoh dari kalangan wanita solehah untuk anak²

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD NAIF BIN AZHAR

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan orang2 di rumah kebajikan ini..Aminn🤲🤲

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah, aku mohon kau beri aku kekuatan dan kesihatan yg berpanjangan, rezeki yg berlimpah, umur yg pnjg.. semoga syurga akhiran ku Ya Allah..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segalanya

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga semua penghuni rumah ini sentiasa dirahmati Allah dan asbab sumbangan ini dapat memberikan kesihatan yang baik kepada penyumbang dan ahli keluarga agar terus dapat menunaikan ibadat dan berbakti kepada masyarakat..amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JAJA

1 bulan yang lepas

Bismillahirohmanirohim Semoga sekecil sumbangan ini pahalanya mengalir utk ibu bapa ku.. amiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: