PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

doakan semoga sy berjumpa jodoh tahun hadapan.. dimudahkan segala urusan, dipanjang umur dan semoga ape yg sy hajati tercapai.. dokak juga utk arwah kakak sy semoga roh beliau tenang disana 💕

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan jual beli rumah utk org tua2 ini.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLINA

1 bulan yang lepas

Semuga Allah murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang berpanjangan utk penghuni rumah perlindungan ini. Aamiin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARIAM BIBI

1 bulan yang lepas

Semoga arwah mariam bibi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya'Allah ampunilah doa kedua ayah dan ibu tempat kn lah ke2 ayah ibu ku d syurga firdaus mu tampa hisap dn semoga saudara,² kmi d palestin d lindungi dari is..il laknattulah dn beri lah kmnangn buat Palestin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARIZA BTE ZAN

1 bulan yang lepas

Moga warga emad semua diberi kesihatan yng baik dan tenang emosi dihari hari yng mendatang, jangan sedih sedih.❤️

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: