Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
CHE PUN & SABTU (ARWAH IBU AYAH)
Moga Arwah Ibu Ayah serta ahli2 keluarga yang telah meninggal, diampunkan Dosa2 mereka Dan ditempatkan dikalangan org2 beriman & beramal soleh/solehah. Moga kami adik beradik Dan seluruh keluarga sentiasa sihat2, dilindungi Allaah s.w.t. limpahi ruah kan Rezeki tak putus2 seperti mengalir nya air Zam2. Aamiin3 ya rabb.
0 orang mengaminkan doa ini
NADIAH MOHD ARSHAD
Saya Nadiah Mohd Arshad mohon didoakan supaya saya & suami sentiasa diluaskan rezeki,rezeki yang boleh dimanfaatkan & berkongsi dengan yang lain.Dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah & tanggungjawab lain kepada suami,ibubapa,anak,keluarga & umat Islam yang lain.Saya juga ingin meninggai dalam syahadah,diredhai Allah serta kematian secara Qhusnul Khatimah. Ameen2 YRA.
0 orang mengaminkan doa ini