PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NUR

6 bulan yang lepas

Moga urusan mereka dipermudahkan oleh Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HJH ROHANI BINTI HJ ZAKARIA

6 bulan yang lepas

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Nur Aina Aqilah Mohd Ali, Allahyarham Hj Zakaria bin Muda, Allahyarham Ramlan SYAIFUDDIN bin Hj Zakaria

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkat sedekah ini engkau ampunilah dosa- dosaku, dosa arwah ibubapaku, ahli keluargaku, guru-guruku serta muslimin muslimat sekelianya. Amin ya Rabbal’alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZIA SYAHRIN

6 bulan yang lepas

Doakan semoga saya juga boleh menjadi seorang yang kuat & tabah menjaga ibubapa saya seperti mana anda semua menjaga warga² emas. Aamiinnn 🤲🏻🙂

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

doakn dosa2 sy diampun kan Allah s.w.t. Doakn sy dpt bebas hutang & keluar dari riba yg zalim, doakn sy supaya dapat membina rumah utk keluarga sy.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

doakn sy diampun kan dosa2 & bebas hutang.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: