PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

SABRINA CHIA FLAYYOUNG

6 bulan yang lepas

Semoga sabrina jadi ank yg Soleh berjaya didunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZNI AIM@IBRAHIM

6 bulan yang lepas

semoga Allah makbulkan segala doa dan hajat Azni.semoga allah permudahkan hidup azni dan anak2.seoga allah kayakan azni.semoga Allah membalas segala kezaliman mohd hafizifikri n hidayah kepada azni anak-anak dengan sehina2 azab n balasan..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan Saya semoga dipermudahkan segala dunia dan akhirat. Dikurniakan kesihatan yang baik sehingga akhir hayat untuk beribadah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Smg kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Sumbangan ini buat Ibu saya Salamah Binti Pernama. Semoga Allah berikan kesihatan berpanjangan, kekuatan tubuh badan dan ingatan buat ibu saya. Sumbangan ini buat ayah sy Allahyarham Hj M Salleh Bin Daud. Semoga Arwah ayah saya ditempatkan bersama orang beriman.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan Wan Norsuhaili Binti Wan ahmad dimurahkan rezeki, rezeki sentiasa mengalir & diberkati juga diberikan kesihatan yang baik Aamiin. Semoga Wan ahmad bin wan jusoh & Asmah latif diterima setiap amal ibadat & diberikan kesihatan yang baik aamiin. Semoga muhammad haziq bin zamri dimurahkan rezeki & kesihatan yg baik. semoga saya dan keluarga dapat bertemu ramadan yg akan datang Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: