PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MYZARA

1 minggu yang lepas

Ya الله Ya Rabb...kami bersyukur atas setiap nikmat kurniaanmu. Ya الله Ya Haiyu Ya Qaiyum kurniakn rezeki yg banyak lagi dberkati kpd semua pengendali & seluruh penghuni Rumah Nur Ehsan, tenangkn hati & damaikn jiwa mereka dgn Rahmat dari sisi Mu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FARKHAN BIN NORDIN

1 minggu yang lepas

Doakan saya, isteri Dan anak2 serta ibu ayah saya menjadi penghuni syurga firdaus tanpa hisab. Dapat syafaat Rasulullah SAW. amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD ARIF

1 minggu yang lepas

Semoga Allah s.w.t kurniakan kesihatan kpd semua penghuni Rumah Nur Ehsan.. Sedekah untuk isteri yg sakit.. Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah s.w.t.. Aminnnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Tolong doakan anak perempuan saya Aqilah Maizura Binti Dzulkeflee semoga mendapat pekerjaan tetap. Dapat majikan yang bagus, gaji yang bagus.. Terima kasih..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan urusan, diberkati dan dirahmati.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ASIAH BINTI AUP

1 minggu yang lepas

Semoga Allah kurniakan kesihatan kpd semua penghuni Rumah Nur Ehsan ini,tergolong dlm hambaNya yg dijanjikan syurga.Saya berniat bersedekah ats nama ibu kpd sahabat sejati sy yg sedang berada di ICU sekarang krn komplikasi paru2, semoga Allah kurniakan kekuatan kpd sahabat sy dan keluarganya, kurniakan kesembuhan kpd ibu shbt sejati sy utk sembuh sepenuhnya seperti sedia kala. aminn ya mujibb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: