PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa ke dua2 ibu bapaku, adik-beradik serta ahli keluarga serta bakal zuriat kami. Tutuplah aib2 kami di dunia & di akhirat kelak serta permudahkan urusan kami pergi berjumpa Ilahi. Jauhkanlah kami daripada musibah yang terlalu berat, manusia zalim serta fitnah duniawi. Berkatilah rezeki kami & limpahkan dgn rezeki yg halal serta jauhkan kami dari segala hutang-piutang. Aminn2

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya allah permudahkan segala urusanku dunia akhirat,limpahkan rezeki yg halal, mencukupi dan berkat dan mengalir seperti air zamzam, panjangkan usia ku dan seluruh keluargaku dan semoga pengakhiran hidup kami dalam husnul khotimah..amiin.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Alhamdulillah syukur

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

INTAN SURAYA

6 bulan yang lepas

Ampunkan la dosa Intan Suraya Md Sukri, Ibu bapanya, keluarganya ,kenalannya serta umat nabi muhammad saw samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Mujib Kurniakan taubat nasuha sebelum mati, mati tanpa hisab, ditetapkan iman dan tak dibolak balik kan hatinya pada Allah swt. Kurniakan buat dirinya, syahid di bumi medina pada hari subuh jumaat di kebumi di perkuburan baqi.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

6 bulan yang lepas

Ya Allah, jika sedekahku ini diterimaMu, salurkanlah pahala sedekah ini buat kedua ibu bapaku. Ganjarkanlah Jannatul Firdaus buat mereka atas setiap kepayahan mereka dalam melahir dan membesarkanku, wahai Tuhan Maha Penyayang. Ameen Ya Rabbal Aalameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, makan Kau ampunilah aku. Lapangkanlah rezekiku, permudahkanlah urusan jodohku, kurniakanlah syurga dunia dan akhirat kepadaku. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: