PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

mudah2an sakit tangan yg saya hidapi skrg ni cepat sembuh asbab sedekah ini. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ceriakanlah mereka selalu..insyaallah besar fadhilatnya di sisi Allah🥺

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD IKHWAN MUSTAQIM BIN AINOL JAMAL

1 minggu yang lepas

Moga dgn asbab sedekah ini saya dapat memiliki rumah idaman utk jd tempat berteduh bersama anak2 dan isteri saya in syaa Allah aaamiinn 🤲🏼

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Didoakan semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak membantu pihak pengurusan dan para penghuni dalam menjalani kehidupan lebih baik. Semoga boleh menyumbang lagi di masa akan datang.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga ibu saya sihat sepenuhnya dari kanser..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusan untuk membeli rumah orang tua ini dan permudahkanlah urusanku dan suamiku, berikanlah kami rezeki seluas lautan semoga kami dapat membantu ramai lagi umat yang kurang bernasib baik.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: