PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat..Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR AIDA BINTI HASHIM

1 minggu yang lepas

Semoga urusan penghuni dan staff pusat jagaan ini dipermudahkan. Doakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan, ibu bapa saya Almarhumah Hjh Khatijah Lajat dan Almarhum Hj Hashim bin Sa'at, abang saya Almarhum Hj Nordin bin Hashim dan Almarhum Nasrudin bin Hashim serta atuk nenek moyang saya, pakcik makcik saya, guru dan rakan saya dilapangkan kubur mereka seluas2nya.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR AMIRA RAHMAN

1 minggu yang lepas

Doakan saya supaya terus dapat sedekah hari demi hari n permudahkan urusan ma abah saya dunia n akhirat. Murahkan rezeki saya didunia n akhirat kelak ameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NASRUDDIN BIN MOHD YUNUS

1 minggu yang lepas

Ampuni dosa2 ibu dan bapa ku muslimin dan muslimat hidup atau mati.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia mahu pon akhirat.., semoga sedekah ini jadi saham akhirat kelak..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: