PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HASAN BIN KARIM

1 minggu yang lepas

Semoga sumbangan yh xseberapa ini dapat membantu pembelian rumah kekal warga emas dan Allah menyembuhkan sakit isteri saya. Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kami memohon kepada-Mu agar Engkau melimpahkan rahmat, kasih sayang, dan ketenangan kepada semua warga tua di pusat jagaan ini. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan tubuh badan, kekuatan jiwa, dan ketabahan hati dalam menempuh usia senja. Ya Allah, lapangkanlah hati mereka dengan rasa syukur dan redha. Jauhkanlah mereka daripada rasa kesunyia

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

moga saya sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga Allah mempermudah kan segala urusan nya aamin3x robbal Alamin 🙏

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki rumah kebajikan ini dan dipermudahkan semua urusan pihak pemgurusan. Aamiin…

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 minggu yang lepas

Semoga d permudahakn & d perluaskan rezeki kepada yang menjaga ibu ibu tua ini ya Allah,mendapat pahala yg tinggi d akhirat kelak.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: