PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Sekiranya sedekah ini ada pahala saya kirimkan pahalanya untuk arwah kedua ibubapa saya Noriah binti Khamis dan Abas Bin Yasin Amiin. Dan dengan sedekah ini juga Allah mempermudahkan segala urusan saya, suami dan anak2 saya Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR LIYANA

1 minggu yang lepas

Semoga segala yang dihajatkan terlaksana dan dipermudahkan segala urusan. Amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga warga emas di sana diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa diberkati Allah dan dalam lindunganNYA, aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Mohon untuk kesihatan ibu dan ayah bertambah baik untuk mengerjakan ibadah. Mohon supaya hubungan antara adik beradik utuh. Mohon juga supaya diberikan rezeki yg luas & melimpah ruah xpernah putus2 supaya dapat melunaskan hutang. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga sedikit sumbangan saya dapat memberi manfaat pada pusat jagaan ini

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah....terimalah sedeqah ku ini disisimu dan masukkan daku, suamiku, dan semua ahli keluargaku kedalam syurga firdaus Mu. Berkatilah kehidupan kami didunia dan di akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: