PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

ROHANA BINTI GHAZALI

1 minggu yang lepas

Saya doakan semoga pertubuhan kebajikan ini terus berjaya. Semoga saya juga diberi kesihatan yang baik dan mendapat kesejahteraan hidup .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Rabbana a-tina fiddun ya hasanah wa fill aa khirati hasanah wa kina a'zar bannarr

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga sumbangan saya yang kecil ini menjadi asbab saya dan keluarga dimasukan dikalangan para solihin disana nanti…

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURAZURA BINTI ALI

1 minggu yang lepas

semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SEMOGA ALLAH LINDUNGI

1 minggu yang lepas

Doakan sy diberikan rezeki anak yg sihat & bijak dan berguna kpd masyarakat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HASAN BIN KARIM

1 minggu yang lepas

Semoga sumbangan yh xseberapa ini dapat membantu pembelian rumah kekal warga emas dan Allah menyembuhkan sakit isteri saya. Aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: