PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.


Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.


Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.


Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.


Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.


LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN , 42700, BANTING, Selangor, Malaysia
warisankaseh@gmail.com
+60110388324
+601110388324

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan diterima amalan baik ini di sisi Nya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah..sembuhkanlah kie dari sakit ini..Aamiin Ya Rob..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan, permudahkan segala kesulitan pekerjaan dan pencarian rezeki, semoga dipermudahkan segala urusan perniagaanku, semoga dikurniakan rezeki yg berpanjangan rezeki yg halal,rezeki yg berkah,rezeki yg melimpah ruah seperti mengalirnye air zam zam,agar dpat aku membantu dan menjaga kedua org tua ku,ahli keluargaku,insan disekeliling dan insan yg dlm kesusahan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan agar saya sekeluarga sentiasa dlm redha Allah dan ke semua anak2 saya berjaya dunia dan akhirat. Semoga bisnes saya berjaya dan dapat membantu lebih ramai org juga berjaya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan la dosa2 kami.Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Dgn berkat sumbangan kecil saya ini, saya niatkan kesempurnaan untuk arwah bapa saya Tumiran bin Baradi semoga rohnya aman di alam sana amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: