PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.


Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.


Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.


Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.


Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.


LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN , 42700, BANTING, Selangor, Malaysia
warisankaseh@gmail.com
+60110388324
+601110388324

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan saya dan suami dikurniakan cahaya Mata yg telah lama dinanti, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yg baik buat Kami berdua..terima kasih 🌹

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD SAIDI BIN ISMAIL

1 tahun yang lepas

Mohon kesembuhan dari sakit yang sedang dihadapi oleh Mohamad Saidi bin Ismail dan kembali sedar dan sihat seperti sediakala. Dan dihilangkan kuman-kuman yg menyerang organ badan dalaman dan luarannya. Semoga prosidur rawatannya di hospital sekarang berjaya. Aamin Ya rabbal alamin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kempen ini

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga pakcik2 dan makcik2 di dalam kempen ini panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan kepada Kami Dan seluruh umat Islam yg beriman kesihatan yang baik, umur yang panjang lagi Diberkati, rezeki yg melimpah ruah dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah dunia akhirat..aamiinn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Saya Sekeluarga sentiasa diberkati Allah, dikurniakan rezeki mencukupi yg tak pernah putus2 dari pelbagai sudut, dikurniakan keafiatan, keimanan, dipermudhkan urusan Dunia dan akhirat dan serta mendapat khusnul khotimah..Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: