PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.


Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.


Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.


Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.


Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.


Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.


Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.


Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.


Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.


LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN , 42700, BANTING, Selangor, Malaysia
warisankaseh@gmail.com
+60110388324
+601110388324

Doa-Doa #Penyumbang

NURUL ARIDAWATI BT MOHD ARIFF

1 tahun yang lepas

Doakan semogo diberi kesembuhan buat saya dan keluarga serta dipermudahkan urusan keluarga saya selalu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah melindungi kita, mengampunkan dosa2 kita dan murahkan rezeki kita semua aamiinn. Semoga saya dpt terus bersedekah untuk membantu mereka yg dlm kesusahan.. aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampuni dosa2 aku dan keluargaku, berkati hidup kami dan murahkan rezeki kami supaya kami dpt membantu orang2 yang memerlukan. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah,kuat kan iman ku,bantu la aku untuk redha dengan apa Yang berlaku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampun kan la segala dosa dosa kami..dosa kedua ibu bapa kami..dosa muslimin dan muslimat.. panjangkan usia kami.. berikanla kami rezeki yg berkat..rezki yg tak pernah putus seperti air zamzam.. matikan la kami dalam husnul khotimah dan masukan kami ke dalam syurga mu aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

‎بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan redha Allah SWT jua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: