Belum berdaftar? Daftar sekarang!
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENGISI TABUNG BANGUNAN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Society Of The Blind In Malaysia (SBM) Cawangan Kelantan telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Ogos 1998. Buat masa ini, SBM Cawangan Kelantan telah menubuhkan Tabung Bangunan khusus untuk mengumpul dana bagi memiliki pejabatnya sendiri di atas tanah anugerah daripada Kerajaan Negeri Kelantan di Kg. Padang Rekang, Repek, Melawi Bachok. Untuk makluman Y.bhg. Datoâ/Datin/tuan/puan, pada masa ini SBM Cawangan Kelantan menyewa rumah kedai 2 tingkat di Chabang 3, Sek Kebangsaan Padang Mokkan, Peringat Kota Bharu Kelantan sebagai tempat ianya beroperasi.
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan ini memohon sumbangan dari Y.Bhg. Datoâ/Datin/tuan/puan bagi projek mengisi tabung bangunan ini. Setiap sumbangan berbentuk wang tunai hendaklah atas nama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia @ mengkreditkannya ke akaun Agro Bank bernombor 1006631000059750. Setiap sumbangan adalah layak menerima rebat pengecualian Cukai Pendapatan HQ/162/No.1874 dengan mengembalikan slipsnya bersama-sama Borang Jawapan yang dilampirkan.
Di atas segala kerjasama, sokongan dan sumbangan yang bakal diberikan oleh Y.Bhg. Datoâ/Datin/tuan/puan terhadap perkara ini, ianya didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Arwah Ibubapa &Ahli KeluargaKU, Murahkan Rezeki &Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik &Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan kami dr segala Musibah..amin3
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini