Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tabung Infaq Karpet ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi memasang karpet baru di Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort, Beaufort, Sabah. Sumbangan anda amat dihargai.
Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi memasang karpet baru di Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort, Beaufort, Sabah bagi menggantikan karpet lama yang sudah digunakan sejak tahun 2008 lagi.
Pihak Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort memerlukan bantuan segera bagi menggantikan karpet lama untuk keselesaan dan kemudahan kepada semua pelajar, pensyarah, kakitangan sekolah dan orang awam untuk solat berjemaah dan aktiviti dakwah serta keagamaan. Di Surau Al-Insyirah ini juga dilaksanakan Solat Jumaat setiap minggu.
Semoga sumbangan Tuan / Puan semua mendapat kebaikan, keberkatan serta ganjaran Syurga ALLAH di akhirat kelak. Hanya Allah swt jua yang dapat membalas jasa baik dan kemurahan hati para penderma.
NATASYA BINTI MOHD NASIR
Assalamualaikum.. Ya Allah, semoga sumbangan sy ini dpt membantu serba sedikit surau al insyirah ini.. semoga semua pelajar serta pendidik sentiasa dlm lindungi Allah.. mohon doakan sy sekeluarga sentiasa sihat walafiat serta dirahmati Allah selalu.. In Shaa Allah..
Anda mengaminkan doa ini