SURAU AL-INSYIRAH KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

Aktif sejak Jun 13, 2022

Tentang Penganjur

Tabung Infaq Karpet ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi memasang karpet baru di Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort, Beaufort, Sabah. Sumbangan anda amat dihargai.


Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi memasang karpet baru di Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort, Beaufort, Sabah bagi menggantikan karpet lama yang sudah digunakan sejak tahun 2008 lagi.


Pihak Surau Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort memerlukan bantuan segera bagi menggantikan karpet lama untuk keselesaan dan  kemudahan kepada semua pelajar, pensyarah, kakitangan sekolah dan orang awam untuk solat berjemaah dan aktiviti dakwah serta keagamaan. Di Surau Al-Insyirah ini juga dilaksanakan Solat Jumaat setiap minggu.


Semoga sumbangan Tuan / Puan semua mendapat kebaikan, keberkatan serta ganjaran Syurga ALLAH di akhirat kelak. Hanya Allah swt jua yang dapat membalas jasa baik dan kemurahan hati para penderma.

Surau Al-Insyirah, Kolej Vokasional Beaufort, KM 3, Jalan Beaufort - Sipitang, Peti Surat 1011, , 89808, Beaufort, Sabah, Malaysia
xha3102@moe.gov.my
60168465598
6087217011

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Infaq ini untuk arwah abah saya. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Infaq ini untuk arwah abah saya. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga semua warga Kolej Vokasional Beufort sentiasa cemerlang dunia akhirat Semoga anak saya sembuh drp sakitnya

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Zhafran Anaqi di jauhi dari segala penyakit, semoga ayah dan ibu zhafran di murahkan rezeki. Semoga di permudahkan urusan di surau Al Insyirah

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Assalammualaikum, semoga dipermudahkan urusan semua, semoga semua dikurniakan husnul khatimah pengakhiran yang baik, amiinnnn dan mendapat keberkatan dan keredhaan ibu bapa yang berpanjangan... amiinn

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD SYAHIR SYAZWAN BIN SURAINAN

1 tahun yang lepas

Semoga roh arwah ayah saya ditempatkan dikalangan orang2 beriman,semoga isteri ,anak, ibu & keluarga saya sentiasa dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yg baik, jadikan mereka insan-insan berjaya didunia dan akhirat, permudahkan urusan harian kami dan semoga kami menjadi orang-orang yang sentiasa bersedekah dan menunaikan segala kewajipan agama islam

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: