Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Al Baghdadi (YAB) telah beroperasi secara rasmi pada 16 Disember 2011 untuk mencari dana pembiayaan Pengajian Al Quran secara PERCUMA. Program YAB terbahagi kepada tiga (3) teras utama iaitu Teras Pendidikan & Al Quran, Terasn Ekonomi & Kemanusiaan dan Teras Sosial & Kemasyarakatan. Melalui teras Pendidikan & Al Quran, lebih 30,000 peserta menerima manfaat melalui program Pendidikan Al Quran secara PERCUMA. Program ini diberikan kepada enam golongan iaitu anak yatim, saudara baru, orang asli, ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin.
Bagi Teras Ekonomi & Kemanusiaan, YAB telah menjalankan kempen seperti infaq air mineral, people food, infaq surau dan pelbagai lagi projek telah dilaksanakan. Akhir sekali, teras sosial & kemasyarakatan, fokus utama adalah membantu golongan mahasiswa B40 dalam projek Lunch Box, Laptop Mahasiswa dan tajaan yuran Mahasiswa
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Baari' permudahkn segala urusn mereka.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn pahala ini keats kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku,adik beradikku,seluruh ketrunanku,sahabt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatn yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhirt.amin
0 orang mengaminkan doa ini