YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Ya Rahman Yq Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bpa kami,ibu bpa mertua kami,kaum kerabat kami & dosa2 kaum muslimin & muslimat.Kurniakan kami kebaikan ,permudhkan urusan kamj di dunia & akhirat.tempatkan kami di syurgamu tanpa dihisab.Pelihara kami dri azab api neraka.Terimala solat & segala amal ibadah kami.Aamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NAZRUDIN

3 tahun yang lepas

YaAllah sembuhkanlah segala penyakitku

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Muhammad Amsyar Bin Zaidi dapat lunaskan segala hutangnya pada Nur Ika Zulfiqah Binti Mohd Yusuf

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Moga Allah ampunkan kita

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan penyumbang semua.Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Allah permudahan semua urusan infaq. Allah lindung semua ank2 kami muhammad aiman, danial & uwais. Aameen

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: