YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Niat sedekahku untuk arwah ayah md daud bin jamhari semoga arwah peroleh pahala dan kebaikan dari sedekahku ini dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, berikan lah kesembuhan segera untuk ibuku yang tengah sakit, ampunkan dosa2 kami yg kami lakukan secara sedar atau tak sedari, secara sengaja atau tak sengaja., permudahkan segala urusan kami ya Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa2 kami, sihatkan tubuh badan kami. Ya Allah permudahkan abahku untuk menjalani pembedahan pada hari ini aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah yg tuhanku, moga dgn sedekah ini Allah akan ampunkan segala dosa2ku dan kluarga ku. Ya Allah jauhkanlah segala penyakit bahaya, Panjangkanlah umur kami dan luaskanlah rezeki kami, Sihatkanlah tubuh badan kami untuk kami melakukan ibadah dgn lebih baik. Berkatilah hidup kami, Hapuskanlah Wabak Covid19 ini Ya Allah. Aamiin Ya Rabb.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga niat bersedekah ini akan menjadi jalan untukku menuju ke syurga Allah...amiinnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: