YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

AIN

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dapat menjalan kan ibadah puasa pada tahun ini insyaallah aaminn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

INTAN AINREEN SOFIYA BINTI MOHD AZHAR

2 tahun yang lepas

Ya Allah semoga Kami diredhai oleh mu Ya Rabb ,murahkan lah rezeki Kami sekeluarga dipanjangkan umur diberkati rezeki Yang diberi oleh Allah SWT

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga urusan pertemuan jodoh saya dimudahkan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga saya cepat dipertemukan jodoh yang baik, aamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,dosaku dan dosa ahli keluargaku. Rahmatilah kami dunia akhirat. Semoga kami dijanjikan Syurga oleh Mu Ya Allah

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Alhamdulillah... Ya Allah, luaskan rezekiku dan permudahkan segala urusan ku. Jauhilah aku dari segala kemungkaran dan kejahatan daripada orang-orang sekeliling aku. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: