YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD ASYRAF BIN MOHD JAFFAR

3 tahun yang lepas

Doakan kami dikurniakan rezeki yang tidak putus dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat. Permudahkan urusan isteri saya yang akan bersalin nanti.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga segala urusan pihak pengajur di permudahkn.. moga saya di murahkan rezeki, di beri kesihtan yg baik, dan di pertemukan jodoh yg boleh mmbimbing saya serta menerima sgale kkurgan yg ada pd diri saya aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

"Ya Allah aku meminta kepada-Mu husnul khotimah.""Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat. "Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu." Ya Allah ampunkanlah dosa2 kedua ibubapa kami. Permudahkanlah urusan Dunia Dan akhirat. Berikanlah kami taufik Dan hidayah. Limpahkanlah rezeki kepada kami seperti orang soleh Dan soleh

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi. رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كماربیانی صغيرا

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga allah redha dan menyelamatkan kami dari api neraka..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, aku memohin ampun ke atas segala dosa dosa yang telah kulakukan. Permudahkan lah urusan aku and murahkanlah rezekiku ya Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: