YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
1157547514
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

“Ya Allah, selamatkan tubuh kami dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak kami inginkan. Ya Allah, selamatkan pendengaran kami dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak aku inginkan. Ya Allah, selamatkan penglihatan kami dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak kami inginkan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau”.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi. رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كماربیانی صغيرا

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan dunia akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORBANI HJ YUSUP

2 tahun yang lepas

Semoga Bondaku Hjh Rufiah dikurniakan kesembuhan Syifa serta dipermudahkan urusan perubatannya. Aminnnn...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Fauziah bt Md Sanuse & Yahya b Md Sanuse dkurniakan ksembuhan tnpa sbrg kemudaratan..Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR AMIRA BINTI HAMIZI

2 tahun yang lepas

Semoga Keluarga Hamizi Bin Osman dikayakan dengan Kesihatan , dikayakan ilmu dikayakan hati dan dikayakan harta yang halal dan berkat supaya dapat langsaikan hutang dengan cepat dan dapat menunaikan umrah setiap bulan. Allahumma Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: