YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

ANZARUDDIN ABDULLAH INDUN ALIAS

1 tahun yang lepas

Semoga urusan kita semua dipermudahkan hidup dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga Allah murahkan rezki, kesihatan yg baik dan keluarga yang sakinah dan mawardah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMINAH BINTI MD KASIM

1 tahun yang lepas

Mohon doakan semoga hilangkanlah sakit2 Hjh Aminah Bt Md Kasim yg sentiasa pening2, takut2, was2, kurangkanlah taksub terhadap kucing (sehingga kucing terseksa), sentiasa kuatkan imannya, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aaaaminnn Aaaminnn Yarabbalalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah..sembuhkanla sakit stoke suamiku dan berilah kami ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini..murahkanla rezeki kami..lapangkanla dada kami..permudahkan urusan kami dan kuatkanla iman dlm diri kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga mudah urusan, sama-sama dimasukkan ke jannah. aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah harini ya Allah. Aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: