YAYASAN ANGKASA

Aktif sejak Jan 20, 2022

Tentang Penganjur

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi , anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)


Pada masa ini sumber kewangan Yayasan ANGKASA bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah daripada suntikan dana dari ANGKASA sahaja yang mana tidak mencukupi bagi memenuhi peningkatan permohonan dari kalangan pelajar yang layak mendapat bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, untuk menampung kekurangan bantuan pembiayaan tersebut, maka Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak sama ada individu mahupun organisasi.


Yayasan ANGKASA dengan rendah diri memohon jasa baik semua masyarakat untuk menyumbang ke Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi menampung kekurangan dana bantuan pembiayaan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS 6/1 , 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
setiausaha@yayasanangkasa.coop
60183550515
6078805358

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak anak saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah, Ku Mohon Sempurnakanlah Infaqku, Tunaikan Hajatku & Ampunilah Dosa Kedua IbuBapaku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

10 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Baari' permudahkn urusn mereka.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak²ku,adik beradikku,seluruh ketrunanku,sahabt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatan yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhirt.amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINUL MARDHIYAH

10 bulan yang lepas

Semoga anak Saya, Ainul Mardhiyah Mentadak seorang anak yang solehah dan sihat selalu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

SEMOGA SAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT, AMALAN DITERIMA, KESIHATAN BAIK, REZEKI TIDAK PUTUS DIRI SENDIRI DAN ANAK2 BERJAYA DUNIA AKHIRAT.. AMINNN

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 bulan yang lepas

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan. Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku, Sembuhkanlah segala penyakitku, Panjangkanlah umurku, Limpahkanlah rahmatMu dan rezekiMu yang luas kepadaku, Makbulkanlah segala doaku dan hajatku. Aamiin Aamiin Ya Mujiib Ya Rabbal ‘Alamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: