Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH
Dimulakan pada May 20, 2022
RM1,745 / 1.16 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000
88 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Impian kami cuma satu iaitu supaya hutang dan bayaran tertunggak dapat dilunaskan secepat mungkin. Walaupun RM1.00 dari anda semua itulah rezeki kami dapat menumpang teduh seperti orang lain.
Sudah 10 tahun Pak Long dan Mak Long menyewa di rumah kedai, hampir 5 tahun mencari pewakaf dan membina bangunan baru untuk kami di sini. Asbab dari rumah kedai yang telah usang, kami terpaksa berpindah segera walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya. Hutang hardware dan upah juga masih banyak tertunggak.
Disinilah tempat kami menumpang tidur, belajar, makan dan melupakan masalah dunia. Kami bukanlah bernasib baik seperti orang lain, ibu dan ayah sudah lama tiada, kemiskinan yang menghimpit menjadikan kami lebih bersyukur. Namun kami tidaklah diajar untuk meminta kerana rezeki Allah pasti ada.
Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM150,000.00 untuk melangsaikan hutang tertunggak seperti kos penurapan jalan, barangan hardware serta upah pembinaan kepada pekerja kontraktor untuk membangunkan bangunan baru kepada anak-anak yatim dan asnaf Nur Hidayah. Semoga Allah membalas jasa baik para penyumbang dan dimurahkan rezeki sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ASMAH & ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 23, 2022