Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada murid sekolah rendah di Kampung Lamjuhang, Aceh Besar.
Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 pasang kasut
1 pasang stokin

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
https://sumbangan.com/sedekahkasutanakanak