Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Ayuh, jadikan setiap pagi peluang untuk melabur dunia akhirat. Bukalah pintu kebaikan, luaskan amal dengan niat yang ikhlas. Sokong perbuatan baik, dan saksikan keberkatannya dalam hidup kita. Kami tidak pernah jemu mengingatkan anda tentang amalan soleh ini.
Bagaimana cara belajar untuk istiqomah melakukannya?
Salah satu cara anda boleh melakukannya ialah melalui Sumbangan.com dan Asar Humanity.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.
Memasuki pertengahan bulan Muharram, kami tak pernah bosan mengingatkan anda keutamaan bulan Muharram yang kita ketahui termasuk salah satu bulan dari 4 bulan haram. Dalam surat At Taubah ayat 36 Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.
Jangan sampai terlepas dengan perbuatan yang biasa. Pada bulan haram Allah akan melipat gandakan pahala atas amalan shalih, dan juga akan melipatkan dosa dari maksiat. Naudzubillah. Maka dari itu mari kita maksimalkan dengan amalan shalih yang juga dapat dirasakan oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Jika bulan Muharram ini berakhir, kita harus menunggu 4 bulan kedepan sampai bulan haram selanjutnya iaitu bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat dan sejahtera.
InshaAllah satu bulan ke depan kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, sudahkah anda mempersiapkan korban terbaik?
Asar Humanity mengajak anda untuk menunaikan ibadah korban, yang hanya satu tahun sekali. Jika anda belum mampu menunaikan satu ekor haiwan, anda juga bisa bersedekah daging korban. Nantinya kutipan kempen ini akan dibelikan haiwan korban terbaik. InshaAllah daging yang sudah disembelih akan dihantarkan kepada mereka yang membutuhkan.
Ibadah korban ialah ibadah khidmat taat kepada Allah dan juga keikhlas derma untuk orang lain. MashaAllah berlipat amalan kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sumbang untuk program Korban di berbagai negara:
Korban untuk yatim dhuafa https://sumbangan.com/sedekahdagingkorbanyatimdhuafa
Korban untuk pelajar tahfiz https://sumbangan.com/sedekahdagingkorbanmaahad
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan pahala berlipat ganda kepada anda sekeluarga. Jazakumullah khairan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Semoga anda sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera, aamiin
Sebelum ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang atas budi baik seramai 40 orang pelajar di Maahad Abatasa, Cianjur, Jawa Barat, Indonesia dapat menerima pakej beras.
Dan pada hari Isnin 22 Januari 2022 pasukan Asar Humanity menuju ke Maahad Abatasa untuk menyampaikan amanat dari tuan-tuan dan puan-puan berupa beras seberat 50 kg dan wang tunai untuk membeli keperluan makanan maahad. Yang mana pelajar di maahad ini terdiri daripada pelajar yang berumur 7-15 tahun, tetapi walaupun masih sangat muda, semangat mereka untuk mendalami ilmu agama sangat tinggi. Ini dapat dilihat dari kesungguhan mereka untuk mengikuti pendidikan agama di Maahad Abatasa yang sederhana. Sebabnya, untuk tidur sahaja pelajar masih berada di rumah pentadbir maahad. Dan untuk belajar agama, mereka belajar di bilik sederhana milik Ustadzah Tuti selaku pentadbir maahad.
Bagi keperluan harian pelajar termasuk keperluan makanan, mereka datang dari maahad dan juga penduduk setempat. Dan alhamdulillah, dengan bantuan beras yang disediakan oleh tuan-tuan dan puan-puan dapat meringankan keperluan makanan pelajar di Maahad Abatasa. Di samping itu, ucapan terima kasih diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu memenuhi keperluan makanan mereka.
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT akan balas dengan sebaik-baik balasan dan semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan menjadi salah satu washilah atas terkabulnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT, aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Alhamdulillah, pada pertengahan Disember ini pasukan Asar Humanity telah menghantarkan amanat daripada tuan dan puan berupa pakej makanan berisi beras dan keperluan asas lainnya kepada maahad tahfiz yang terletak di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia iaitu maahad Abatasa dan maahad Asy-Syafi'iyah. Dan ketika pasukan Asar Humanity tiba di lokasi, terlihat sambutan hangat oleh pelajar dan juga ustadz & ustdzah (pengasuh) di maahad.
Alhamdulillah, ketika ini terdapat 54 orang pelajar yang menuntut pengetahuan di maahad ini yang sebelum ini seramai 50 orang pelajar. Yang mana untuk maahad Abatasa sebanyak 33 orang pelajar, dan maahad Asy-Syafi'iyah sebanyak 21 orang pelajar. Dan seramai 54 orang pelajar ini telah mendapat manfaat daripada budi baik tuan-tuan dan puan-puan.
Selain itu, dapat dilihat keceriaan di wajah para pelajar ketika menerima pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan. Dan inshaAllah dengan pakej makanan ini mereka tidak perlu lagi memikirkan soal makanan, malah mereka hanya boleh fokus untuk menghafaz Al-Quran dan pembelajaran.
Teringat hadist yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Barangsiapa memberi makan seorang mukmin sehingga dia kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (HR. Thabrani).
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT ganti dengan ganjaran yang sebaik-baiknya dan semoga ini menjadi salah satu washilah diijabahnya do’a tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh