Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2022 bersamaan hari Jumaat, pelaksanaan agihan makanan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya orang yang suka bersedekah tidak akan pernah miskin dan Allah SWT akan melipatgandakan pahala mereka yang sentiasa memikirkan nasib saudaranya yang lain tatkala mereka memerlukan bantuan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 29 Julai 2022 bersamaan hari Jumaat (1 Muharam 1444H), pelaksanaan agihan makanan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang telah disumbangankan oleh penyumbang-penyumbang di sumbangan.com.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 15 Julai 2022 bersamaan hari Jumaat (15 Zulhijah 1443H), pelaksanaan agihan makanan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang telah disumbangankan oleh penyumbang-penyumbang di sumbangan.com.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat (17 Zulkaedah 1443H), pelaksanaan agihan daging-daging sembelihan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang telah disumbangankan oleh penyumbang-penyumbang di sumbangan.com.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya bersedekah itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita seiring dengan janji Allah kepada hamba-Nya.
Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian. Jom menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 10/6/2022 bersamaan hari Jumaat (10 Zulkaedah 1443 Hijrah), sebanyak 200 pek makanan sabil diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan atas sumbangan para penyumbang yang dermawan.
Dilampirkan video dan gambar-gambar agihan pek makanan di sekitar Kota Mekah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu mereka yang memerlukan. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, pada 3/6/2022 bersamaan hari Jumaat (4 Zulkaedah 1443 Hijrah), sebanyak 19 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan hasil sumbangan para dermawan untuk “Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah”. Hasil agihan daging ini disumbangkan kepada penduduk sekitar Tanah Haram Mekah.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang seringkali memberi sumbangan kepada saudara kita di Mekah, moga Allah membalas jasa budi baik semua dermawan dan insya-Allah segala kebaikan yang kita lakukan, akan diberi ganjaran kelak.
Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, pada 26 Syawal 1443H bersamaan 27/5/2022 hari Jumaat, sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan di sekitar kota suci Mekah. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya orang yang suka bersedekah tidak akan pernah miskin dan Allah SWT akan melipatgandakan pahala mereka yang sentiasa memikirkan nasib saudaranya yang lain tatkala mereka memerlukan bantuan.
Marilah kita sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 20/5/2022 bersamaan hari Jumaat (19 Syawal 1443 Hijrah), sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan atas sumbangan para penyumbang yang dermawan.
Dilampirkan video dan gambar-gambar agihan daging di sekitar Kota Mekah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus-putus dalam memberi sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Alhamdulillah, pada 13/5/2022 bersamaan hari Jumaat (12 Syawal 1443H), sebanyak 17 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan di sekitar kota suci Mekah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan membantu saudaranya yang memerlukan bantuan.
Marilah kita sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 6 Mei 2022 bersamaan hari Jumaat (6 Syawal 1443H), pelaksanaan agihan daging-daging sembelihan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama Kerjasama sumbangan.com. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang telah disumbangankan oleh penyumbang-penyumbang di sumbangan.com.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya bersedekah itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita seiring dengan janji Allah kepada hamba-Nya.
Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian. Jom menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Syukur kepada Mu Ya Allah, pada 28 Ramadhan 1443 Hijrah bersamaan hari Jumaat (29/4/2022), sebanyak 6 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang tidak berkira dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT akan melipatgandakan pahala orang yang suka bersedekah. Dilampirkan gambar-gambar dan video aktiviti pengagihan yang telah dilaksanakan.
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Jom, teruskan menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT. Pada 22 April 2022 (Jumaat) bersamaan 21 Ramadhan 1443H, Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah dilaksanakan. Hasil kerjasama pihak PPIM dan sumbangan.com, sebanyak 10 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk setempat sekitar Tanah Haram Mekah.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus-putus dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT akan melipatgandakan pahala, merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian.
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Semoga urusan kita dipermudahkan dan diberkati-NYA. Jom, teruskan menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Syukur kepada Mu Ya Allah, pada 15/4/2022 bersamaan hari Jumaat (14 Ramadhan 1443 Hijrah), sebanyak 10 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Hasil sumbangan kempen ini, dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati daging khususnya dalam bulan Ramadhan ini.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang tidak berkira dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT akan melipatgandakan pahala orang yang suka bersedekah.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah: 261)
Semoga urusan kita dipermudahkan dan diberkati-NYA. Jom, teruskan menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 8/4/2022 bersamaan hari Jumaat (7 Ramadhan 1443 Hijrah), sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah hasil sumbangan para dermawan, “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan bagi membantu penduduk Mekah yang memerlukan bantuan.
جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمِائَةِ نَاقِةٍ كُلُّهَا مَخْطُومَةٌ
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta yang bercucuk hidungnya (tali) pada jalan Allah, lantas Rasulullah SAW bersabda: “Bagi kamu dengannya pada Hari Kiamat nanti tujuh ratus unta yang telah diikat tali pada hidungnya.”
(Riwayat Muslim: 5005, al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (3187), Ahmad (17222) dan Ibn Hibban: 4649)
Allah SWT akan melipatgandakan rezeki yang tiada sesiapapun mengetahui batasnya dan melipatgandakan rahmat-Nya kepada mereka yang bersedekah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak lokek dalam memberi sedekah.
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Alhamdulillah, dengan keizinan dan keberkatan Allah SWT, “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan. Pada 1/4/2022 bersamaan hari Jumaat (29 Syaaban 1443 Hijrah), sebanyak 10 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan di sekitar kota Mekah. Hasil sembelihan daging ini telah berjaya sedikit sebanyak membantu meringankan beban penduduk sekitar Tanah Haram Mekah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan membantu saudaranya yang memerlukan bantuan.
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan keberkatan-Nya, “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan. Pada 25/3/2022 bersamaan hari Jumaat (22 Syaaban 1443 Hijrah), sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan. Hasil agihan daging ini disumbangkan kepada penduduk sekitar Tanah Haram Mekah.
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT amat menyenangi umat-Nya yang sering bersedekah dan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang seringkali memberi sumbangan kepada saudara kita di Mekah, moga Allah membalas jasa budi baik semua dermawan dan insya-Allah segala kebaikan yang kita lakukan, akan diberi ganjaran kelak.
(Riwayat Ahmad dan Tabrani)
Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, syukur kepada Mu Ya Allah, pada 18/3/2022 bersamaan hari Jumaat (15 Syaaban 1443 Hijrah), sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah hasil sumbangan para dermawan, “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan. Hasil usaha kita semua ini sekaligus dapat meringankan beban mereka serba sedikit inshaAllah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus dalam memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha mereka yang membantu saudaranya, bahkan akan melipatgandakan pahala mereka yang suka bersedekah.
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa kita oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Alhamdulillah bersyukur kita kepada kehadrat illahi dengan keizinan Allah SWT. Pada 11 March 2022 (Jumaat) iaitu pada penghulu segala hari. Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah dilaksanakan pada Jumaat yang lalu. Hasil kerjasama daripada pihak PPIM dan sumbangan.com, sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk setempat sekitar Tanah Haram Mekah.
Fitrah sememangnya amalan bersedekah ini merupakan amalan mulia yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Bersedekah ini juga dapat mewujudkan keberkatan dalam harta yang dimiliki, menanamkan rasa keinsafan dan tanggungjawab serta dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Di bawah ini, kami lampirkan beberapa gambar dan video hasil pengagihan sumbangan semua dermawan yang menyumbang. Terima kasih kepada semua penyumbang yang amat prihatin dalam berkongsi rezeki dan hanya Allah yang dapat merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Ayuh, teruskan menyumbang dan membantu saudara kita di sumbangan.com.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kami ingin memanjatkan rasa syukur dengan izin Allah SWT pada 4 Mac 2022 (Jumaat) yang lalu, Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah dilaksanakan dengan baiknya. Dengan hasil sumbangan dari para penyumbang, kami telah mengagihkan pek makanan kepada penduduk setempat di sekitar Tanah Haram Mekah.
Fitrah semua benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi bagi manusia, makanan itu sangat penting. Adakalanya makanan boleh menjadikan seseorang sihat atau sakit jika makanan diambil secara berlebihan dan tidak mempunyai khasiat.
"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan."
Riwayat at-Tabrani
Alhamdulillah bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT. Pada 24 Februari 2022 (Khamis) Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah dilaksanakan untuk Jumaat yang lepas. Hasil kerjasama pihak PPIM dan sumbangan.com, sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk setempat sekitar Tanah Haram Mekah.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”
(Riwayat Bukhari,Muslim dan Nasa’i)
Sememangnya amalan bersedekah ini merupakan amalan mulia yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Bersedekah ini dapat mewujudkan keberkatan dalam harta yang dimiliki, menanamkan rasa keinsafan dan tanggungjawab serta dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Di bawah ini, kami lampirkan beberapa gambar dan video hasil pengagihan sumbangan semua dermawan yang menyumbang. Terima kasih kepada semua penyumbang yang amat prihatin dalam berkongsi rezeki dan hanya Allah yang dapat merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Ayuh, teruskan menyumbang dan membantu saudara kita di sumbangan.com.
Syukur kepada Mu Ya Allah, pada 11/2/2022 bersamaan hari Jumaat (10 Rejab 1443 Hijrah), sebanyak 19 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah.
Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih berjalan atas sumbangan para dermawan yang dirahmati Allah SWT. Hasil usaha kita semua ini, mereka yang kurang berkemampuan khususnya di kawasan kota suci Mekah dapat dibantu dan sekaligus dapat meringankan beban mereka serba sedikit.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah: 261)
Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kita semua. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Ayuh kita teruskan menyumbang dan membantu saudara kita!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 4 Februari 2022, perlaksanaan agihan daging-daging sembelihan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang mana dapat meringankan serba sedikit beban keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan berhampiran.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya bersedekah itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita seiring dengan janji Allah kepada hamba-Nya.
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Allah SWT sangat memuliakan orang yang bersedekah. Dan Allah telah menjanjikan balasan bagi orang yang gemar bersedekah. Ayuh kita teruskan menyumbang dan membantu meringankan beban mereka!
Alhamdulillah bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT. Pada 28 Januari 2022, Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah telah dapat dilaksanakan. Hasil Kerjasama pihak PPIM dan sumbangan.com, daging-daging sembelihan telah diagihkan kepada penduduk setempat sekitar kota suci Mekah.
Di bawah ini, kami lampirkan beberapa gambar dan video hasil pengagihan sumbangan semua para penyumbang yang dermawan. Terima kasih kepada semua penyumbang yang amat prihatin dalam berkongsi rezeki dan hanya Allah yang dapat merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian. Semoga semua urusan kita dipermudahkan, mendapat keredaan dan diberkati Allah SWT.
Allah SWT memuliakan orang yang suka bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka bersedekah. Ayuh kita teruskan menyumbang dan membantu meringankan beban mereka!
اليد العليا خير من اليد السفلى
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, pihak PPIM telah mengagihkan daging-daging sembelihan kepada penduduk yang daif dan kesusahan di beberapa perkampungan sekitar kota suci Mekah. MashaAllah, Allah SWT telah membuka mata ramai orang bahawa saudara Islam kita di kota suci ini amatlah memerlukan bantuan.
Walau ramai yang tahu akan ganjaran bersedekah di Mekah itu hebat namun ramai yang tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapat manfaat itu di tempat mereka sendiri. Peluang tidak selalu datang ke kita, marilah kita gunakan peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT ini untuk bersedekah melalui Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah in shaa Allah.
Ujian itu menguatkan, bukan melemahkan. Susah manapun ujian yang kita tempuh, Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan mereka. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita di kota suci Mekah dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
"Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, justeru ia akan bertambah, bertambah dan bertambah."
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Alhamdulillah!
Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah dapat meringankan beban ramai keluarga asnaf di sekitar kota suci ini. Terima kasih kepada semua penyumbang yang amat prihatin, telah sama-sama berkongsi rezeki dan semoga Allah merahmati & memakbulkan doa-doa kalian.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Pengagihan daging-daging sembelihan di sekitar kota suci Mekah.
Dengan bantuan daripada para dermawan, in shaa Allah dapat menyebarkan kegembiraan kepada saudara-saudara Islam kita yang berada dalam kesusahan. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada tuan dan puan sekalian. Semoga Allah SWT membalas kebaikan yang berlipat kali ganda. Amin ya Rabb.
Ayuh kita teruskan bersedekah melalui kempen ini!
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT. Pada 10 Januari 2022, kami di PPIM telah melaksananakan amanah dari penyumbang Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah dan melaksanakan sedekah sembelihan enam (6) ekor kambing yang telah di lakukan di Pusat Penyembelihan Kota Mekah.
Daging sembelihan ini telah kami agihkan di beberapa perkampungan dan kawasan sekitar yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari tempat penyembelihan & alhamdulilah proses pengagihan ini dilakukan oleh wakil PPIM sendiri. Alhamdulillah syukur, diatas rezeki yang diterima dan mereka mengucapkan jutaan terima kasih buat para penyumbang yang dermawan. Semoga usaha kita semua dipermudahkan & mendapat keredaan & keberkatan daripada Allah SWT.
Di bawah ini kami lampirkan beberapa gambar dari pusat penyembelihan & sewaktu pengagihan sumbangan. Terima kasih semua para dermawan, semoga kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.
”Dermawan Di Dunia Jutawan Di Akhirat” Ayuh!
Ustaz Khalid:
"Ayo Simpan Hartamu Di Langit!"
Sumbangan 370 Pek Makanan & Minuman INFAQ REZEKI di Kota Suci Mekah ✨✨
Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT. Pada 07 Januari 2022 yang lalu, PPIM berjaya mengagihkan sumbangan 370 pek makanan & minuman INFAQ REZEKI di kota suci Mekah. Semoga bantuan dan sumbangan yang disalurkan menjadi asbab kebaikan buat semua.
Ayuh kita teruskan menyumbang wahai para dermawan!