Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan para dermawan melalui Sumbangan.com, ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan makanan berkhasiat kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Asal Adam Mulajati, salah satu rumah jagaan yang telah kita bantu bersama sejak beberapa waktu lalu.

Kami menyampaikan pakej makanan lengkap dengan protein, sayuran, susu dan keperluan asas lain yang sangat penting untuk tumbesaran sihat anak-anak. Anak-anak yatim di sini masih belum mampu menikmati makanan seimbang setiap hari, tetapi dengan sokongan berterusan ini, pengurusan rumah anak yatim bertekad untuk memberi lebih perhatian kepada keperluan nutrisi mereka.

Kakitangan dan anak-anak di Rumah Asal Adam Mulajati menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang prihatin. Senyuman yang terpancar di wajah mereka adalah tanda syukur dan kegembiraan atas rezeki yang dikongsi.
Insya-Allah, dengan sumbangan yang berterusan, kita dapat membantu anak-anak ini untuk membesar dengan sihat, cergas dan menjadi generasi muda yang berjaya di masa hadapan.

Terima kasih kerana terus bersama kami dalam menyebarkan kasih sayang dan keberkatan melalui sedekah yang berpanjangan.
“Mereka membesar dengan sihat, kita menuai pahala yang tidak putus.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Menjaga Pewaris Al-Quran di Maahad Daarul Amanah
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berkunjung ke Maahad Daarul Amanah di Bandung, Indonesia — sebuah pusat tahfiz percuma khusus untuk anak-anak yatim dan asnaf. Di sinilah mereka mengikuti program 3 tahun untuk menghafaz Al-Quran, dengan impian menjadi guru Al-Quran di masa hadapan.


Anak-anak ini tekun belajar siang dan malam, memikul harapan besar untuk menjadi pewaris ilmu yang mulia. Terima kasih kepada para penderma, dengan adanya sokongan makanan berkhasiat dan keperluan lain, proses hafazan mereka menjadi lebih lancar dan teratur.



Doakan agar lebih banyak pusat tahfiz seperti ini dapat kita bantu bersama. Kerana setiap anak yang berjaya menghafaz Al-Quran, ganjarannya mengalir kepada kita semua. Teruskan berkongsi rezeki dan menyokong pendidikan Al-Quran.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Lipat Gandakan Keberkatan di 10 Malam Terakhir Ramadan!
"Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (HR. Bukhari & Muslim)

Kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, di mana pahala dilipatgandakan dan setiap amal kebaikan menjadi peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki dengan menyebarkan keberkatan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

Apa yang kita boleh lakukan?
Menyalurkan pek makanan iftar & juadah berbuka kepada masyarakat yang kurang berkemampuan
Membantu masjid & pusat tahfiz untuk memperbanyakkan ibadah dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan
Memberikan motivasi kepada umat Islam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui doa dan sedekah

Semoga dengan berkongsi rezeki, kita mendapat keberkatan malam Lailatul Qadar, di mana amal ibadah lebih baik daripada 1,000 bulan!
Jom bersedekah dan gandakan pahala kita! Klik butang sumbangan sekarang!
#SedekahRamadan #10MalamTerakhir #IftarBersama #LailatulQadar



