Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Menerokai perjalanan Ramadan 1444 H, kami mengajak anda untuk melihat kembali senyuman insan yang telah anda bantu.
Video Youtube Ramadan 1444 Hijriah
Terima kasih Tuan dan Puan, sumbangan dan budi anda telah mengiringi Asar Humanity dalam berkongsi kegembiraan bersama saudara-saudara kita yang amat memerlukan sepanjang Ramadan tahun lalu.
Barakallahu fiikum! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga atas kebaikan yang telah anda lakukan. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu membalas rezeki secara berterusan. Jazakumullah khairan ahsanal jaza.
Maukah anda menyertai kami lagi Ramadan tahun ini?
https://sumbangan.com/makananpuasaramadanyaman
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah. Ayam golek macam dalam film Upin Ipin sudah sampai kepada saudara-saudara kita di Yaman!
MashaAllah tabarakallah sumbangan dari Tuan dan Puan mengagihkan makanan iftar untuk mereka yang membutuhkan bantuan. Seperti kita ketahui, sedikitnya 16.2 juta rakyat Yaman tidak terjamin makanan dan hampir 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami kekurangan makanan.
Tetapi alhamdulillah di bulan Ramadan ini 206 orang yang masuk dalam golongan asnaf di kawasan Marib, Yaman menerima bantuan makanan dari anda.
Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan. Jazakumullah khairan.
Jom ambil kesempatan menghapus dosa dengan mohon ampunan kepada Allah dan bersedekah.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9:103)
Bersedekah melalui Asar Humanity >> Klik!