Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 8/4/2022 bersamaan hari jumaat, sumbangan kempen “Sedekah Kurma untuk Sahur dan Iftar Ramadhan” berjaya diagihkan kepada golongan-golongan yang terpilih.
جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمِائَةِ نَاقِةٍ كُلُّهَا مَخْطُومَةٌ
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta yang bercucuk hidungnya (tali) pada jalan Allah, lantas Rasulullah SAW bersabda: “Bagi kamu dengannya pada Hari Kiamat nanti tujuh ratus unta yang telah diikat tali pada hidungnya.”
(Riwayat Muslim: 5005, al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (3187), Ahmad (17222) dan Ibn Hibban: 4649)
Allah SWT akan melipatgandakan rezeki yang tiada sesiapapun mengetahui batasnya dan melipatgandakan rahmat-Nya kepada mereka yang bersedekah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang sentiasa memberi sumbangan melalui sumbangan.com.
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!