ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 05, 2024

SEDEKAH JUMAAT SOKONG KEPERLUAN ASAS ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF

RM500 / 16.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu yatim dan asnaf kekurangan dengan sedekah terbaik anda bersama ASAR Humanity!


Anak-anak yatim adalah amanah yang ditinggalkan kepada kita untuk dijaga dan disantuni. Mereka adalah jiwa-jiwa kecil yang memerlukan kasih sayang, perhatian, dan peluang untuk hidup seperti anak-anak lain. Namun, tidak semua anak yatim bernasib baik untuk menikmati pendidikan yang sempurna, makanan yang mencukupi, atau tempat tinggal yang selesa.



ASAR Humanity terus komited memelihara dan membimbing anak-anak yatim agar mereka mampu berdikari dan berjaya dalam kehidupan.



Melalui program ini, kami berusaha menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal, menyokong pendidikan mereka dengan menyediakan buku, alat tulis, dan bantuan untuk bayaran yuran sekolah, serta membantu mereka mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan.



"Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya." (Ad-Dhuha: 9)


Menyantuni anak yatim bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi juga peluang untuk memperoleh keberkatan yang besar. 



Dengan menyisihkan sedikit rezeki, anda membantu membina masa depan anak-anak yatim dan memberikan mereka peluang untuk meraih impian mereka. Mari kita jadikan dunia mereka lebih cerah dengan kebaikan kita.

Setiap sedekah yang anda berikan akan menjadi amal jariah yang mengalir terus pahalanya, dan insya-Allah membantu memperbaiki masa depan Azhary dan anak yatim piatu lainnya. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dan keberkatan atas setiap amal kebaikan anda.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat