Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah Tim KSATRIA Asar Humanity juga mendistribusikan makanan asas dan barang runcit untuk Maahad Darul Istiqomah di Banten. Barakallahu fiikum!
Memaklumkan aktiviti di akhir bulan Ramadan yang lepas, hantaran makanan diterima baik oleh Ustaz Mistar. Bantuan terdiri dari beras 68 kg, teh 4 pcs, ikan tin sarden 5 pcs, susu kental manis 2 Pcs, gula 2 pcs, minyak masak 10 liter serta 5 dos air mineral. Alhamdulillah pelajar maahad yang berasal dari keluarga dhuafa merasai kebahagiaan tanpa risau persediaan makanan. Tak hanya sekedar memberikan makanan, namun juga sebagai bukti berkongsi keberkahan.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah Tim KSATRIA Asar Humanity juga mendistribusikan makanan asas dan barang runcit untuk Maahad Nurul Huda di Bogor. Barakallahu fiikum!
Hantaran makanan terdiri dari beras 50 kg, telur 2 kg, teh 3 pcs, ikan tin sarden 2 pcs, susu kental manis 2 Pcs, gula 2 pcs, minyak masak 4 liter. Mereka merasai kebahagiaan tanpa risau persediaan makanan. Tak hanya sekedar memberikan makanan, namun juga sebagai bukti berkongsi keberkahan di bulan yang mulia.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Di hari-hari terakhir Ramadan, berkongsi bersama mereka yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, kami berharap laporan ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah tim KSATRIA Asar Humanity melawat ke Maahad Ghofurul Anwar, Ranca Bungur, Bogor. Tempat ini menempatkan 38 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru yang gigih membimbing mereka dalam aktiviti pembelajaran di pondok ini. Pelajar-pelajar ini berasal dari kawasan Jabodetabek yang majoritinya terdiri daripada golongan fakir miskin dan anak yatim. Umur mereka masih di sekolah rendah dan kebergantungan mereka kepada guru sangat besar dalam proses pendidikan mereka.
Kunjungan kami disambut dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada guru-guru dan pelajar-pelajar di Maahad Ghofurul Anwar. Kehadiran pasukan Asar Humanity membawa bersama pakej bantuan makanan yang sangat mereka perlukan. Ustadz turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang, dan juga mendoakan semoga para penderma sentiasa dilindungi Allah, diberikan kesihatan yang melimpah ruah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Semoga setiap bantuan yang diberikan bukan sahaja bermanfaat dari segi material, malah menjadi rahmat kepada para penyumbang. Melihat senyuman gembira daripada murid-murid dan ucapan terima kasih yang tulus daripada guru-guru menguatkan azam kami untuk terus menyumbang untuk membantu orang lain.
Semoga perkara baik yang kita lakukan dapat menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut berbuat baik dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Adakah anda akan terus menyertai kebaikan bersama kami?
Derma sekarang melalui pautan ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity