ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 23, 2022

KIRIMKAN BANTUAN ASAS UNTUK KUATKAN PERJUANGAN PALESTIN

RM1,220 / 12.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

49 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Lebih dari 6 dekad saudara kita di Palestin berjuang mempertahankan tanah kelahirannya, yang juga merupakan salah satu tanah suci umat Islam. Mari kuatkan mereka dengan sediakan kebutuhan asas!


Sungguh menyayat hati setiap kali kita membaca atau mendengar kata Palestin. Terfikirkan kekejian, penjajahan, ketidakadilan dan penderitaan panjang. Mungkin kita hanya mengetahui sebahagian cerita dari media sosial. Penjajahan Zionis yang tak henti menyerang orang-orang tak berdosa, menimbulkan korban-korban berjatuhan. Kanak-kanak, perempuan, laki-laki, dan orang tua menjadi korban kekejian. Hak mereka sebagai manusia untuk hidup dalam kedamaian direnggut dan dirampas oleh para Zionis yang tidak punya hati.



Baru-baru ini Zionis Israel kembali melancarkan roket ke daerah pemukiman warga di Jalur Gaza, yang mengakibatkan banyak penduduk Palestin yang syahid. Kanak-kanak tak berdosa menjadi korban kebengisan mereka.



Tak dapat dibayangkan sudah lebih dari 6 dekad saudara kita di Palestin terus berjuang mempertahankan tanah kelahirannya, yang juga merupakan salah satu tanah suci umat Islam. Selama itu pula mereka menjalani kehidupan tanpa rasa aman.



Tempat tinggal rosak teruk, elektrik dipadamkan, semua akses terhad, termasuk kebutuah asas seperti makanan dan layanan kesehatan. Sekatan demi sekatan membuat rakyat Palestin tak selesa untuk berkehidupan sehari-hari. Maukah kita menjadi bahagian dari barisan umat yang mempertahankan Baitul Maqdis? Mari kuatkan perjuangan Palestin dengan bersedekah rutin melalui Asar Humanity.



Walau bagaimanapun, keteguhan hati dan iman saudara Palestin tidak goyah sedikitpun. Sebagaimana yang pernah Rasulullah beritakan: “Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku kelompok yang selalu menolong kebenaran atas musuh mereka, orang-orang yang yang menyelisihi mereka tidak akan membuat mereka goyah. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah di manakah mereka?” Beliau menjawab, “Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.” (HR. Imam Ahmad).



InshaAllah, sumbangan dari anda akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan asas. Seperti di bawah ini:

1. Makanan hangat siap santap

2. Perubatan dan peralatan kesihatan

3. Pakej makanan meliputi 14 bahan makanan

4.  Alat bantu medis

5. Wang tunai untuk kebutuhan

6. Bahan bakar untuk generator hospital

7.  Ambulans



Mari bersama-sama menjadi bahagian dari perjuangan saudara Palestin pertahankan agama dengan selalu doa telus dan dukungan terbaikmu. Insha Allah keikhlasan dan dukungan anda akan Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan dan kelancaran rezeki. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.




Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

SYED SAHARIL BIN SYED IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 07, 2022

SYED SAHARIL BIN SYED IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat