Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM965 / 9.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kita semua tahu, pendidikan adalah kunci keluar dari kitaran kemiskinan. Tapi kita juga sedar bahawa kos untuk mendapat pendidikan yang baik semakin tinggi. Ramai anak-anak yatim di luar sana berjuang untuk terus belajar, bukan kerana mereka malas atau tidak berminat, tetapi kerana mereka tidak mampu. Tiada ibubapa untuk menanggung yuran sekolah, membeli buku, atau membayar kelas tambahan.

Di sinilah kita boleh memainkan peranan melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin mengumpulkan dana untuk menaja pendidikan anak-anak yatim yang memerlukan. Dana ini akan digunakan untuk:
1. Bayaran yuran sekolah
2. Alat tulis dan kelengkapan belajar
3. Kelas tambahan dan bimbingan akademik
4. Keperluan lain yang menyokong perjalanan pendidikan mereka

Sasaran kita adalah untuk menaja sekurang-kurangnya 5 orang anak yatim dalam fasa pertama ini agar mereka dapat belajar tanpa rasa risau, dan membina masa depan yang lebih cerah.
“Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini,” sambil Baginda menunjukkan dua jari, lalu merapatkannya." (HR. Bukhari)

Setiap sen sumbangan anda adalah harapan untuk mereka. Setiap ringgit yang anda hulurkan, adalah langkah mendekatkan mereka kepada cita-cita yang mereka impikan. Mari bersama kami taja pendidikan anak yatim hari ini, supaya mereka dapat berdikari dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada murid sekolah rendah di Kampung Lamjuhang, Aceh Besar.
Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 pasang kasut
1 pasang stokin

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada 7 orang murid sekolah rendah di Kampung Babussalam, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 buah beg sekolah
1 pek buku tulis
1 buku gambar
1 pek pensil warna
1 pek pensil 2B
1 pengasah pensil & pemadam
1 kotak pensil

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
https://sumbangan.com/kasutanakpedalaman
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2025
HAMIDA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2025