ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 23, 2025

TAJA PENDIDIKAN 5 ORANG ANAK YATIM DAN ASNAF MISKIN

RM965 / 9.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sokong pendidikan anak yatim supaya mereka dapat berdikari dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Jom bantu!


Kita semua tahu, pendidikan adalah kunci keluar dari kitaran kemiskinan. Tapi kita juga sedar bahawa kos untuk mendapat pendidikan yang baik semakin tinggi. Ramai anak-anak yatim di luar sana berjuang untuk terus belajar, bukan kerana mereka malas atau tidak berminat, tetapi kerana mereka tidak mampu. Tiada ibubapa untuk menanggung yuran sekolah, membeli buku, atau membayar kelas tambahan.



Di sinilah kita boleh memainkan peranan melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin mengumpulkan dana untuk menaja pendidikan anak-anak yatim yang memerlukan. Dana ini akan digunakan untuk:


1. Bayaran yuran sekolah

2. Alat tulis dan kelengkapan belajar

3. Kelas tambahan dan bimbingan akademik

4. Keperluan lain yang menyokong perjalanan pendidikan mereka



Sasaran kita adalah untuk menaja sekurang-kurangnya 5 orang anak yatim dalam fasa pertama ini agar mereka dapat belajar tanpa rasa risau, dan membina masa depan yang lebih cerah.


“Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini,” sambil Baginda menunjukkan dua jari, lalu merapatkannya." (HR. Bukhari)



Setiap sen sumbangan anda adalah harapan untuk mereka. Setiap ringgit yang anda hulurkan, adalah langkah mendekatkan mereka kepada cita-cita yang mereka impikan. Mari bersama kami taja pendidikan anak yatim hari ini, supaya mereka dapat berdikari dan keluar daripada belenggu kemiskinan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2025

Kempen Sumbangan Tamat