Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
BANTUAN DEMI BANTUAN AKAN TERUS KITA SALURKAN
Tidak semua mampu untuk memasak buat masa ini memandangkan tiada bekalan gas dan bukan semua mampu untuk menyediakan dapur arang atau dapur bawah tanah. Buat masa ini, kebanyakkan mangsa perang di Gaza sangat bergantung harap dengan bekalan makanan yang disediakan oleh pasukan Muslim Care Malaysia-Palestin. Kesemuanya adalah dana yang dikumpulkan oleh Muslim Care Malaysia hasil jariah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Begitulah dekat dan akrab ya hubungan antara Malaysia dan Palestin. Insya-Allah bantuan demi bantuan akan kita susun dan sampaikan khusus kepada saudara kita di Gaza, Palestin.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, MENGUBAT TRAUMA ANAK-ANAK GAZA.
Sehingga hari ini ribuan anak-anak kecil di Gaza menjadi korban kekejaman Zionis. Bukan itu sahaja malah ribuan juga anak-anak yang lain menjadi yatim piatu kerana ibu dan ayah mereka telah syahid di medan perang.
Alhamdulillah, ini adalah bantuan daripada anda semua. Teruskan menyumbang sehingga misi kita semua tercapai.
Ketiga-tiga treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.
Hampir RM100,000 lagi dibelanjakan hari ini untuk sumbangan yang telah dihantar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) ke pusat pengumpulan barang yang disediakan kerajaan Malaysia.
Antara sumbangan yang telah berjaya dikumpul dan dihantar oleh MCM ialah 1000 set beg mayat, 60000 keping sarung tangan perubatan, 500 botol susu, 380 keping selimut, susu bayi dan kanak-kanak yang bernilai RM3,000 dan sumbangan pelbagai yang lain bernilai RM10,000.
Muslim Care Malaysia bersama-sama 38 NGO lain bersatu di bawah "Humanitarian Relief Mission For The Palestinians In Gaza" berusaha untuk menjayakan misi kebajikan kepada rakyat Gaza.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut bersama-sama dalam usaha murni ini. Sama-sama kita doakan semoga urusan penghantaran bantuan ini dipermudahkan dan selamat sampai kepada mangsa perang di Gaza.
Perkembangan Muslim Care Society Malaysia ke Kaherah Mesir menyalurkan bantuan ke Gaza
Menuju ke Sempadan Mesir Demi Al-Aqsa
Telah berlepas pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Mesir jam 9 pagi tadi, 18 Oktober 2023 dalam usaha memastikan ada ruang untuk menyampaikan bantuan kepada saudara kita di Palestin. Biar sesusah apa pun jalan yang ditempuh tetap akan kami gagahkan. Apalah sangat ujian yang kita hadapi di sini berbanding dugaan yang sedang dihadapi rakyat Gaza.
"Wang dana yang sudah dikumpulkan, akan disampaikan secepatnya. Kami tak mahu pegang duit amanah lama-lama," ulas Tuan Ahmad Safwan, Setiausaha Agung MCM dalam siaran langsung di Instagram semalam.
يَـٰقَوْمِ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْأَرْضَ ٱلْمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِى كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا۟ عَلَىٰٓ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا۟ خَـٰسِرِينَ
Maksudnya: (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
(Surah Al-Ma’idah :21)
Tanah Palestin, tanah umat Islam. Ini perjuangan kita bersama. Ini benteng kita umat Islam. Sama-sama kita satu hati dan berdiri teguh untuk Al-Aqsa.
Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia yang bermurah hati membahagikan sedikit rezeki anda demi rakyat Palestin. Ia adalah satu nilai yang harus dipuji, berkongsi walau serba kekurangan. Malah sebagai simbol kebersamaan rakyat Malaysia untuk berjuang bersama rakyat Palestin dari jauh.
Rakyat Malaysia harus sentiasa berjuang dari segi kemampuan yang ada termasuk menyebarkan serta memberi kesedaran mengenai kekejaman zionis Israel.
Dana yang dikumpulkan ini akan diberikan kepada Muslim Care Malaysia Society untuk kebajikan, kesihatan dan pendidikan bagi membina semula kehidupan rakyat Palestin selain dijamin setiap sen akan disumbang terus kepada bumi Palestin.
Anda semua boleh melayari sosial media Muslim Care Malaysia untuk perkembangan terkini rakyat Gaza.
Facebook Muslim Care Malaysia Society