Kempen Bantu Asnaf Menuju ke Baitullah ini dianjurkan bagi membantu golongan asnaf yang belum pernah menunaikan ibadah Haji atau Umrah, agar mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Golongan asnaf yang dipilih mestilah sihat tubuh badan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Seramai 40 orang jemaah akan dipilih untuk menyertai rombongan ini, bergantung kepada jumlah infaq yang berjaya dikumpulkan sepanjang kempen berlangsung. Keluarga kepada bakal jemaah juga digalakkan untuk turut serta menyumbang secara berkala, dengan jumlah serendah RM10 sebulan, sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama.

Bagi individu dan syarikat yang menjadi pembayar cukai, sumbangan anda melalui Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) boleh digunakan untuk tuntutan pelepasan cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Semoga segala sumbangan yang diberikan akan menjadi asbab keberkatan hidup dan ganjaran pahala berpanjangan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 273:
“Dan apa sahaja kebaikan yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”