Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Isnin, 5 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan untuk warga emas dan ibu tunggal setelah melakukan perjalanan darat dan laut. Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 40 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat.


Di mana pakej makanan ini diagihkan kepada warga emas dan ibu tunggal yang berada di Perkampungan Nelayan, di daerah Medan Belawan, Medan. Yang mana kawasan ini merupakan kawasan masyarakat pesisir pantai yang kehidupan sehariannya hanya bergantung kepada pokok bakau dan hasil laut. Sebaliknya kampung ini termasuk dalam kategori kampung berpendapatan paling rendah di bandar Medan dan sekitarnya. Sehingga masyarakat di kawasan ini juga sangat memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan harian mereka, lebih-lebih lagi bagi warga emas dan ibu tunggal.

Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira terpancar di wajah mereka ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Semoga dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat meringankan beban hidup mereka dari segi makanan. Teringat hadist Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
"Sesiapa yang memberi nafkah kepada janda dan orang miskin, maka dia seperti seorang mujahid di jalan Allah atau orang yang mendirikan (solat) di malam hari dan berpuasa di siang hari." (HR. Abu Hurairah)

Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan.
Semoga Tuan dan Puan dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Asar Humanity telah melancarkan kempen bertemakan Ingin Dekat Rasul semasa bulan Rabiul Awal. Di bulan kelahiran Nabi ini, Alhamdulillah, kita berkongsi memperingati dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT, mengutuskan insan terbaik sebagai pembimbing kita sebagai umat, Nabi Muhammad SAW. Salah satu caranya dengan membahagiakan orang-orang yang dicintai Nabi iaitu peran ibu tunggal dan warga emas.
Sebagaimana dalam hadis, sosok ibu disebutkan sampai dengan 3 kali, dan makluman Rasulullah juga untuk menghormati orang tua. Walaupun mereka bukan orang tua kandung kita, tetap kami ingin melancarkan kempen ibu tunggal dan warga emas untuk membahagiakan mereka.
Alhamdulillah sumbangan dari Tuan dan Puan sudah dihantarkan kepada ibu tunggal yang ditinggalkan suaminya karena kematian. Ada juga warga emas yang masih bekerja sebagai badut dan berniaga di jalanan. Nasib baik tidak selalu mereka miliki.
Kurang lebih 30 bungkusan pangan yang dikirimkan berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin. Mashallah. Semoga bantuan dari Tuan dan Puan menjadi kebahagiaan bagi ibu tunggal dan warga emas. InshaAllah upaya kita semua untuk memelihara orang tua dan warga emas yang dhaif menjadi bekal kita untuk berjumpa dengan Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Allaumma Aamiin.





Kami harap kebaikan ini tidak berhenti sampai di sini. Teruslah jadi Pahlawan Kebaikan dan membantu orang yang membutuhkan dengan tujuan mencari redha Allah SWT.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
"Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan." (Surah Ali-Imran: 92)
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.Jazakumullah khairan.