PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga dgn berinfaq ini dpt membantu yg memerlukan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah semoga pahala sedekahku sampai kepada semua ahli keluarga yg telah meninggal dunia. Ampunkan dosaku. Kasihanilah aku. Selamatkanku dan seluruh keluargaku dari api neraka.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah..kurniakan kebahagiaan kepadaku dan seluruh umat Islam iaitu kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat.aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

HAMBA ALLAH Sep 16, 2021 Ya Allah permudahkan urusan kehidupan di Dunia,dan diAkhirat kpdku, kpd Ibu Bapaku Keluargaku, Rakanrakanku, Muslimin Muslimat samaada masih hidup Allah ampunkn dosa2 kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kami, permudahkan urusan kami dunia akhirat, luaskan rezeki kami, berikan kejayaan kepada kami, lindungi kami dunia akhirat, tempatkan kami dalam syurgaMu

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Doakan agar pahala sedekah ini diberikan kepada ibu dan arwah bapa saya. Doakan juga agar saya sekeluarga sihat, dapat beribadat, diberikan khusnul khotimah dan diberikan rezeki yang berlipat ganda.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: