PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan urusan kehidupan alam Dunia, alam Barzakh dan alam Akhirat kpdku, kpd Ibu Bapaku Keluargaku, Rakan- rakanku, MusliminMuslimat. YaAllah ampunkn dosa2 kami,masukkan kami ke Syurga

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

ya Allah pahala sedekah ku hari ini utk arwah ayah musatffa bin ibrahim dan rashidah binti mustaffa

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JUBAIDAH BT HJ IDRIS & 6 ADIK BERADIK

4 tahun yang lepas

moga dipermudah. Mintak tolong doakan kebaikan & rahmat pahala berpanjangan buat arwah kedua ibu bapa kami, allahyarham HJ IDRIS bin HJ Hassan & allahyarhamah hjh sarimak bt ITAM & kami sekeluarga.Tq

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah..jadikan membaca AlQuran sebagai amalan diriku dan keluargaku.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZULIANA KARTINI BINTI ZULKIFLI

4 tahun yang lepas

Ya allah ampunkanlah dosa kami,murahkan lah rezeki kami,sihatkanlah tubuh badan kami

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Doakan segala dosa saya terampun dan menjadi hamba allah yang soleh. Semoga semua amal baik saya diterima. Mati dalam husnul khatimah. Masuk syurga tanpa hisab atau percuma. Tolonglah saya ya allah

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: