PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

4 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini Infak dr Arwah Ibubapa&Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki&Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik&Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah..Aamin3x

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampunkan segala dosa ku, ibu dan keluargaku, serta seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Permudahkan segala urusan kami. Permudahkan juga pengajian PhD Di kedua dua universiti ini Ya Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AISYAH BINTI RUSLIN

4 tahun yang lepas

Sumbangan dari saya, ibubapa dan keluarga. Ya Allah, ampuni la dosa-dosa kami..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Rabb, ampunkanlah dosa² kami, permudahkanlah setiap urusan kami, kurniakanlah kami rezeki yg luas lagi berkat dan halal. Bantulah kami supaya sentiasa mengingatiMu Ya Allah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga kami semua dijauhkan dr segala penyakit

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: