PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

SEMUT HITAM

4 tahun yang lepas

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA KAMI & IBU BAPA KAMI. KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN YANG BAIK. KURNIAKANLAH KAMI REZEKI YANG MELIMPAH. SELAMATKANLAH PERJALANAN HIDUP KAMI DI DUNIA & AKHIRAT...AMINN

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah,ampunilah dosa dosa kami,Engkau permudahkanla segala urusan kami,redhaila kami,kurniakan kami syurga firdaus tanpa hisab dan azab.Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah...Terimalah amalku ini, ampuni dosa ku, berikan aku kesembuhan dan kesihatan tubuh badan yang baik. Permudahkan segala urusan ku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Doakan agar anak dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan yg tetap

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah kau murahkanlah rezekiku, murahkan rezeki ahli keluargaku, murahkanlah rezeki buat team kami dan murahkan rezeki semua umat Nabi Muhammad saw. Ya Allah permudahkan aku untuk bantu orang yang

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan rezeki kami, permudahkan urusan kami dan terimalah amal kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: