PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

KITA SEMUA

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, cukupknlah rezeki kami untk kami & untk mmbntu org lain, Berkatilah & rahmatilah hidup kami & seluruh umat-Mu ini didunia & diakhirat-Mu. Jdikn kami sntisa bsyukr

4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah..sampaikan pahala sedekah ini kepada Pak Cikku Kamarul Zaman. Ampunkan dosanya. Selamatkan dia dari azab kubur dan neraka.

3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Alhamdulillah..semoga Allah swt ampunkan segala dosa² Muslimin & Muslimat...aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

4 tahun yang lepas

Allahumma Ya Allah, ampunilah segala dosa ku,keluargaku,dan seluruh umat Islam di seluruh dunia samada yg masih hidup, mahupun yg tlh tiada. Angkatlah wabak covid19 dari muka bumi ini,Ya Allah. Amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Pahala sedekah ini sy sedekahkan buat kedua ibu bapa saya dan ahli keluarga saya. Doakan agar saya, suami, anak2 dan ahli keluarga saya sentiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah.. Terimalah sedekahku ini dan semoga Allah kurniakan kesembuhan dan panjang kan usia ahli keluarga ku.. Aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: