PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, berikan kesembuhan kepada Noh Ezzma Ezzad Bin Ezzadin. Engkau angkatlah sakit dia, kau berikan kekuatan kepada dia. Kau panjangkanlah umurnya. Kau hapuskan lah sel-sel kanser dia Ya Allah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga seluruh umat Islam dilindungiNya dan sentiasa dalam rahmatNya..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah,permudahkan segala urusan kami didunia & akhirat.Haramkanlah virus covid19 walau sekecil zarah sekalipun drpd memasuki tubuh badan kami.Kurniakanlah ke atas diriku pekerjaan yg tetap.Amin YRA

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah yang maha pemaaf, ampunilah kami ibubapa,keluarga kami,saudara,sahabat,dan semua umat islam.Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah yang maha pemaaf, ampunilah kami ibubapa,keluarga kami,saudara,sahabat,dan semua umat islam.Matikalnkah kami dalam keadaan husnul khatimah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ya Tuhanku.. Engkau rahmatilah infaq ku ini.. Dan engkau permudahkanlah urusan kami sekeluarga dunia & akhirat.. Aaminn.. ?

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: